Tuesday 25 December 2012

~Raikan Cinta~



           










 Salam utk semua...haa..adik2,,kakak2..abg2..tgk tajuk pun dah menarik bukan?mcm program kat Astro Ria tue...saja jer nak Propa...;-) saja jer nak berkongsi cerita..cerita ni pasai adik aku yg srg nie..nama dia NurAsmaHani...kalo p kenduri kahwin..nak ajer bergambar dgn pengantin,.,,tu mmg dh jadi acara wajib..kalo x bergambar tu tak sah...lagi satu bunga teluq wajib dapat satu..kalo x dapat..dia ngn muka x malu p mintak nanti...huhuhu...kalo x caya..cer tgk pic kat bawah nie :-

19 December 2012
Pengantin : Mart & Fieyna

-rombongan pengantin berarak masuk ke perkarangan rumah ..Che mart..peace ur:-)




Dalam bilik pengantin pun wajib bergambar tau...xtau la napa si kecik nie suka sgt bergambar...kwn2 aku ckp,,,.."ni,,kak dia la yg ajaq,,,..hahaha..last2 aku gak la kena"..anyway..mmg aku la puncanya,...tapi pastu dia sendiri yg nak berposing...so..bukan salah aku srg jer..hehhe..



20 December 2012
Pengantin : Atikah & pasangannya (x igt nm)


22 December 2012
Pengantin : Aswad & Fifi







23 December 2012
Kesimpulannya,marilah kita sama2  meraikan cinta dengan menghadirkan diri ke rumah kenduri..besar hati tuan rumah melihat tetamu yg dijemput hadir..betol x??

Renung2kan :-

Wajib hadir majlis kenduri kahwin


SOALAN: Dalam kehidupan bermasyarakat, kita selalu mendapat jemputan kenduri kahwin. Kadang-kadang dalam sehari, dua atau tiga jemputan diterima terutama pada musim cuti sekolah. Apakah hukum menghadiri kenduri kahwin?

JAWAPAN: Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadis Rasulullah, kalangan ulama menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus.

Pada umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan hari raya.

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:

"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib.

Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

Kedua: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.



No comments:

Post a Comment