Tuesday 25 December 2012

~Raikan Cinta~



           










 Salam utk semua...haa..adik2,,kakak2..abg2..tgk tajuk pun dah menarik bukan?mcm program kat Astro Ria tue...saja jer nak Propa...;-) saja jer nak berkongsi cerita..cerita ni pasai adik aku yg srg nie..nama dia NurAsmaHani...kalo p kenduri kahwin..nak ajer bergambar dgn pengantin,.,,tu mmg dh jadi acara wajib..kalo x bergambar tu tak sah...lagi satu bunga teluq wajib dapat satu..kalo x dapat..dia ngn muka x malu p mintak nanti...huhuhu...kalo x caya..cer tgk pic kat bawah nie :-

19 December 2012
Pengantin : Mart & Fieyna

-rombongan pengantin berarak masuk ke perkarangan rumah ..Che mart..peace ur:-)




Dalam bilik pengantin pun wajib bergambar tau...xtau la napa si kecik nie suka sgt bergambar...kwn2 aku ckp,,,.."ni,,kak dia la yg ajaq,,,..hahaha..last2 aku gak la kena"..anyway..mmg aku la puncanya,...tapi pastu dia sendiri yg nak berposing...so..bukan salah aku srg jer..hehhe..



20 December 2012
Pengantin : Atikah & pasangannya (x igt nm)


22 December 2012
Pengantin : Aswad & Fifi







23 December 2012
Kesimpulannya,marilah kita sama2  meraikan cinta dengan menghadirkan diri ke rumah kenduri..besar hati tuan rumah melihat tetamu yg dijemput hadir..betol x??

Renung2kan :-

Wajib hadir majlis kenduri kahwin


SOALAN: Dalam kehidupan bermasyarakat, kita selalu mendapat jemputan kenduri kahwin. Kadang-kadang dalam sehari, dua atau tiga jemputan diterima terutama pada musim cuti sekolah. Apakah hukum menghadiri kenduri kahwin?

JAWAPAN: Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadis Rasulullah, kalangan ulama menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus.

Pada umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan hari raya.

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:

"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib.

Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

Kedua: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.



Sunday 16 December 2012

Journey To The Felda Rimba Mas



Tajuk : Perkahwinan Faeza & Masri                   
Tarikh : 15/12/2012     Hari : Sabtu

-------Rombongan Che Asma Ke Felda Rimba Mas-----------



Kenduri kahwin lagi…wah..wah..wah…ramainya yg kenduri kahwin..bestnya..bila plak la turn aku kan??hahaha..apapun..kita ke agenda seterusnya…


Rombongan che asma telah pun bertolak dari lokasi pertama iaitu HBSB..terus ke Taman Indah (umh Nini ) & Anak Bukit ( my house ). Perjalanan menuju lokasi kedua iaitu Petronas Kepala Batas...Mun N family tunggu di situ…n “I followww…”
Indahnya panorama sekita Chuping...teruja rasa di hati..peewwiitttt...bersastera la plak...jd "peraq" sat...(dialeq utara)..seronok nya..al-maklumlah...berjalan2 bersama kengkawan....:-)


Akhirnya.....sampai jugak ke destinasi..setelah follow "signboard" and petunjuk arah oleh Mimi..hehehe.ikut ja apa dia kata ..follow.....antara "signboard" yg kami follow...ada tertera di bawah ini...



Nak dijadikan cenghita dek non...hujan  lebat time kami sampai tue...ehmm..terpaksalah menumpang sat kat umh makcik srg nie...tumpang parking kat umh dia sama....dia pun xkisah...Tengkiuuu makcik...dalam duk tunggu hujan seriat tue....sempat jugak la kami duk berposing..hahahaa..biasalah...xkira apa jua keadaan..posing mau cunnn...betoi x kwn2 ku sekelian???:-)kalo hampa semua x caya...jom tgk pic kat bwh nie...lets check it out..!!!!!






tunggu punya tunggu..hujan pun seriat...ada 2 payung ja..mun n mimi..nini n azia..aku ngn ansari terpaksa meredah hujan...kira mcm lagu "memori daun pisang" gak la....hahaha....selamat sampai umh pengantin...aku bwk masuk hadiah kat dlm bilik..sempat lagi la duk posing ats katil pengantin.....mmg jenis x malu aku nie..kwn2..jgn marah noo....

sambil duk tunggu nk p mkn ns knduri dek kerana hjn,,....tup2..pengantin pun masuk dlm umh..apa lagi...ini peluang keemasan...inilah masa yg dinanti2kan oleh kami semua..jeng3x....meh kita berposing lagi....sblm pengantin mai pun kami dah rasmi pelamin tue...hahaha,...patut sedara-mara dia jeling semacam ja...rupanya kami dh rasmi..nasib la makcik oiii...kami mai jauh....hahaha...

ahli rombongan duk pose kat pelamin....:-)







kat bawah nie baru gambaq ngn pengantin....:-)
 dipendekkan cerita....kami pun p makan..n sebelum balik...pengantin perempuan bagi kek bawak balik..hahah..siap bg ngn pinggan sekali..nak buat camana...belasah jer la....seddaappp oooo...rugi sapa x makan....untungnya kami....





 masa utk pulang....sempat lagi makcik mun n family beli aiskrim..tp kami lg best..dpt kek free..hahaha..jgn jjjeelllleezzzzzz ye...









 lastly,,,souvenier from pihak pengantin perempuan.....thanks faeza...

 

Pesanan buat pengantin : Selamat pengantin baru..semoga bahagia hingga akhir hayat....insyaALLAH..:-)  
        














Thursday 6 December 2012

Majlis Perkahwinan Anwar & Najwa (6/6/2012)

12.30 tgahri - bertolak dr HBSB..destinasi menuju ke Langgar..rumah pengantin..
                   - singgah sebentar buh minyak..tokey yg buh..kami nek sahaja...hehe..thanks adik nini...

dalam perjalanan  ke rumah kenduri silap plak..informernya aku...hahaha,.,,duk igt traffic light no 3..rupa2nya no 4...harap maaflah no kengkawan suma...nasib x kena maki...dah jumpa sek memandu KV,sek telok jamat n masjid...terus follow signboard kenduri..lalu plak kat kebun getah...amboiii.mcm jauh ja..padahal langgaq ja pun...hehehe


sampai umh pengantin..terus amik pinggan buh nasi....lauk gulai daging,ulam,keropok dhal,pajeri nanas,sambal belacan...mmg melettooppp abis lah...sampai kan ada yg amik lauk tambahan,,,hahaha..aku terus buh nasi sebbbboaaqq dlm pinggan..abis ke x len cerita.....

selesai makan..sesi bergambar...yeeeaaahhhh....buat kenang2an....





souvenier daripada pengantin..




akhir sekali....buat adik ku Najwa Ramli ..selamat pengantin baru....Semoga bahagia hingga akhir hayat....
amin....



wawa : we all miss u....:-)